Counted

Friday 17 February 2012

Apakah Ini Kesudahanya..

Perlukah Kau Kembali,
Tapi mengapa ianya sekarang,
Bukankah aku begitu mencintai dirimu,
Setulus Hati,Seikhlas Jiwa..
Namun Kau balaskan dengan
Lemparan yang cukup untuk membuat diri ini memebenci dirimu,
Bukan itu yang aq minta,
Aq hanya inginkan seseorang yang boleh 
mendengar segala celoteh kehidupan aku
Sama juga dengan mu...
Namun sekarang kau kembali..
Mungkin hati ini melarang aku buat kali kedua kerana aku yakin
itu hanyalah manis di mulut..

awak kemaafan bukan bermaksud menerima...

Tuesday 7 February 2012

Benci

Hanya untuk ceriakan entry.. ;D

BENCI nya watak Iqram Dinzly dengan Bella Dally...tak kan tak ada watak lain..npe berlakon watak ni...sebenarnya saya hate orang yang cuba menghancurkan perhubungan orang 

Belajar Jaku Iban Dengan Cikgu Ronnie...

Ok larh roni nak buat ayat tak nak sepatah-sepatah..ok :D


1.Aku ka pulai ngagai rumah panjai.
Maksudnya:Saya nak pulang ke rumah panjang.


2.Aku ngai nuan ngaga aku bakanya agi.
Maksudnya:Saya tak nak awak buat saya macam tu lagi.


3.Apai ngau indai aku mesan anang bejalai malam-malam.
Maksudnya:Ayah dengan mak saya pesan jangan keluar malam-malam.


4.Nama kebuah nuan ngaga aku bakanya?
Maksudnya:Apa maksud awak buat saya macam tu?


Oklah sepatah-patah pula...


Apai - Ayah/Bapa
Mak - Mak/Ibu/Bonda
Makai - Makan
Sayau - Rindu
Anang - Jangan
Nama deh? - Kenapa Pulak?
Nyamai - Sedap


Nak tau maksud lain,lainkali lah k... :D ..bye..tata titi tutu

Takut...Gementar

   Tadi roni nak buka blog bila nak log in tiba2 password tak boleh buka aq dah mula rasa takut ..yelah semua dah edit tiba2 tak boleh buka rasa nak menangis pon ada hehehe.--_--...hmm korang tak rasa...pas2 roni try n try nasib baik boleh...Thank To God...hmmm nasib boleh bukak...

Monday 6 February 2012

Forever In Mind

Awak ingat lagi tak masa kita pergi Mc'D...haha

Sehari sebelum pergi tu saya ingat saya tak nak pergi..
Tapi disebabkan kawan saya ajak saya pun follow je..
Malam tu jugak hati saya tak tenang ..
Kalau saya ikut nanti saya nampak awak..
Rasa malu pulak..(hahaha)

The next day kita orang sampai lagi awal sbb tu kita orang merayau dulu..
n then terserempak dengan korang kita orang terus cabut lari..
Nasib baik korang tak nampak..v-_-v

Bila kita orang duduk dekat meja tu korang 
korang duduk meja sebelah plak..
Heheheh ingat lagi korang pesan bubur..
Kita orang ejek korang tak da gigi :p

Lepas makan semua saya pergi cuci tangan 
baru nak lap muka saya tengok muka awak dekat cermin..
tiba2 je jantung mula dup dup dup
hey ni delamun cinta ni... :)

Masa ary sekolah kalau tak lama dah kita orang pergi taman
n then smua balik...

-ni larh moment yang paling best yang pernah saya alami-

Cinta...--> Naluri

Hai blogger selamat petang..hari ni nak tulis topik pasal ''cinta" kepada yang single baca pon xpa..yang couple lagi boleh...dalam couple mesti kita kena jaga hati pasangan kita kan..korang tau tak itu nama nya tanggungjawab bagi sapa yang buat ''TAHNIAH''..amalkan selalu ni lah nama nya pasangan VANILLA COKLAT...kalau memang kita nak hubungan kita okey pandai2 larh korang cari tanggungjawab korang apa tak kira lah dalam bentuk apa sekali pun dan jangan langar undang2..paham...cinta itu indah sebenarnya...n satu lagi tau tak apa itu naluri...bagi roni naluri itu adalah anugerah yang paling special yang Tuhan kurniakan dekat roni dan yang lain2..dari naluri kita boleh tahu rasa yang orang pendam..so kalau orang yang kita cintai sakit hati dengan kita kita boleh tau...v-__-v

Sunday 5 February 2012

Vanilla coklat..

Yang ni edit..photoscape (page)..ok x :D

Haha..kembar kan..menarik tak picture ni.. :D

Pasangan Sejoli...heheh V_-_v

Vanilla & Coklat

Hari ni roni nak cerita pasal favourite movie yang roni suka iaitu VANILLA & COKLAT...cerita ni memang best kalau dah tengok sekali mesti nak tengok lagi..Cerita ni berunsur Cinta..yang membuatkan saya 

SINOPSIS VANILLA COKLAT
Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.
Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.
Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.
Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.
Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.
Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.
Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?
Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat,

Thursday 2 February 2012

Promosi Buku Keluaran Ronnie sendiri...

Untuk pengetahuan semua roni dalam proses membuat buku kedua roni..ciptaan ronnie.a.... yang bertajuk CORETAN HIDUPU KU II...so tunggu bila roni menerbitkannya...khas buat orang yang suka jiwang,,,,so tunggu je..




kandungan yang menarik..


-childish serious in love
-kenapa baru sekarang..
Dan macam2 lagi...
nak tau...BELI....!!!